Powered by Blogger.

Friday, August 13, 2010

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Apakah itu Teknologi?
Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuati maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan. Teknologi dalam pendidikan adalah satu cabang disiplin pendidikan yang mengutamakan penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan. Di dalam teknologi pendidikan diutamakan penggunaan media dan kaedah-kaedah lain untuk penggunaan persekitaran pelajar untuk menghasilkan pembelajaran.
Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekoitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran.

Apakah itu inovasi?

Inovasi memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan pendidikan sesebuah Negara. Inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap bari oleh seseorang. Sementara itu Inovasi merujuk kepada idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Terdapat 3 elemen penting dalam konsep inovasi iaitu idea, amalan dan baru. Ini bermakna sesuatu proses inovasi ia melibatkan perubahan dari segi aspek idea dan amalan seseorang. Jika ditinjau dalam sistem pendidikan Negara kita, terdapat banyak inovasi yang telah disebarkan atau dilaksanakan oleh pihak-pihak yang tertentu.