Powered by Blogger.

Friday, October 22, 2010

Lelaki MENANGIS, apa Maknanya? Kenapa Lelaki MENANGIS?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah. Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:
  • Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.
  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

10 FOTO BBM

1
2
3
4
5
6

7






















8

                                   
9



                              



10

































5 FOTO TEKNOLOGI


AeroGarden ialah 100% menjamin untuk tuaian berkembang dengan banyak dan dari herba-herba paling segar, sayur-sayuran dan bunga dalam rumah sepanjang tahun dengan tiada kotoran. AeroGarden menyediakan satu bekalan sepanjang tahun racun perosak untuk membebaskan herba-herba, sayur-sayuran dan bunga membesar menggunakan nutrisi organik.









2) ENELOOP






Bayangkan anda bekerja di suatu tempat yang tiada sumber elektrik seperti di hutan mahupun di kawasan terpencil dimana sumber elektrik agak sukar untuk ditemui. Sebagai seorang yang lahir dan membesar di kawasan bandar, agak mustahil untuk kita hidup tanpa sumber tersebut. Diperkenalkan oleh syarikat jepun iaitu Sanyo, gajet yang dikenali sebagai Eneloop Portable Solar ini boleh digunakan untuk mengecas peralatan mudah alih anda seperti komputer riba, telefon bimbit, alatan USB dan sebagainya.
3) PICOP PROJEKTOR




Alat ini dinamakan dengan PICO PROJEKTOR atau lebih dikenal dengan PicoP. PicoP adalah suatu alat proyektor mini yang bisa menampilkan gambar mahupun video dengan menggunakan 3 laser LED. Komponen PicoP sendiri terdiri dari 3 laser LED ( warna hijau,biru dan merah), MEMS scanner,optik,dan elektronik. Keseluruhan unit PicoP ini berukuran panjang hanya kurang lebih 10 milimeter dan Laser projektor ini mempunyai gambar yang beresolusi (850 x 480 piksel) setara dengan kualiti DVD. PicoP masih  menampilkan gambar yang sangat cerah dan boleh menggembirakan. Ukuran gambar yang dihasilkan sebesar 12 inci hingga 100 inci bergantung dari jarak projektor ke layar atau dinding.



4) AMD EYEFINITY





Kad grafik daripada AMD ini mampu menggabungkan 6 monitor bersaiz 30 inci sekaligus dan memberikan kepuasan tontonan video atau permainan kepada penggunanya. Seperti yang kita sedia maklum, apabila beberapa monitor disambungkan kepada satu pc, ia akan bertindak berasingan dan monitor kedua atau ketiga hanya bertindak sebagai "cermin". Tetapi dengan Eyefinity, sistem operasi komputer dapat mengecam  6 monitor Dell 30 inci sebagai satu skrin besar bersaiz 7680x4800.

5) BIO ROBOT REFRIGERATOR

 Bio Fridge tidak memerlukan tenaga untuk produk-produk penyejukan dan ia adalah 4 kali lebih kecil daripada sebuah peti ais standard. Ia juga dapat mengubah bentuknya bergantung pada jumlah produk dan penggunaannya. Boi Fridge tidak ada rak dan pintu-pintu dan anda boleh menempatkan produk secara menegak atau mendatar. Dengan adanya gel polimer bio, hanya  dengan sentuh sebagai polietilena maka produk akan terus berada di dalam Boi Fridge. Ia  tidak sukar dan tidak ada bau. Produk-produk tersebut berada  dalam satu pandangan yang sederhana dan boleh didapati dengan mudah apabila memerlukannya. Operasi peti ais ini yang sepenuhnya senyap dan tiada bahagian bergerak.


Tuesday, October 12, 2010

AKU AKU AKU DAN AKU

aKu...
hAnyA sehelAi kErtas
yAng dEngan ReLa
mNjadi teMpat cUrAhAn hAti mEreKa

aKu...
seakan meNjaDi debu
yaNg mUdah t'tIup angIn
msKi tak TaU
kmNa angin aKn mmbwku

aKu...
haNya sebuah cAhaYa lilin
di daLam geLapnya ruaNgan
yaNg teRuZ b;uSaha
meneraNgi seisinYa

dAn mUngKin aKu
haNyaLah seoNggok saMpah
yaNg taK perNah mEnjaDi
seSuatu yAng b'Arti dLm hDup Ni

aKu...
haNyalah maKhLuk TuhAn
YaNg taK b'daYa
yaNg mmpUnyaI haTi nuRani
unTuk menCnTai&mNyyNgi sesAma

KENALI RAHSIA DISEBALIK TARIKH KELAHIRAN DAN PASANGAN IDEAL

Lahir pada tanggal 01, 10, 19, dan 28 = 01
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no 4, 6 dan 8.

Lahir pada tanggal 02, 11, 20, dan 29 = 02
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang. Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no 2, 5 dan 9.

Lahir pada tanggal 03, 12, 21, dan 30 = 03
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no 6 dan 9.

Lahir pada tanggal 04, 13, 22, dan 31 = 04
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no 1 dan 8.

Lahir pada tanggal 05, 14 dan 23 = 05
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no 1 , 2 dan 9.

Lahir pada tanggal 06, 15 dan 24 = 06
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no 1, 3 dan 9.

Lahir pada tanggal 07, 16 dan 25 = 07
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no 2.

Lahir pada tanggal 08, 17 dan 26 = 08
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no 1 dan 4.

Lahir pada tanggal 09, 18 dan 27 = 09
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no 3, 5 dan 6.

Sunday, September 26, 2010

KEMAAFAN YANG TERTANGGUH

Salam pagi semua, aku baru je lepas habis tengok drama yang penuh menyentuh perasaan buat sesiapa sahaja yang menonton tadi. Percaya tidak tentu ramai yang mengalirkan air matakan.. huhu ..

Mana tidaknya jalan cerita tersebut menceritakan kisah seorang ibu mertua yang aku kira tegas tak bertempat dengan memaksa semua menantu lelaki & perempuan untuk beraya setiap tahun bersamanya tanpa membenarkan menantunya beraya bersama ibubapa sendiri.

Sampaikan punya kejam aku kira seorang menantu perempuannya telah beraya bersamanya selama 10 tahun dan tidak membenarkan menantunya beraya bersama ibunya yang tinggal seorang dikampung.

Ibu mertua tu sanggup berbohong kepada anak dan menantu perempuannya dengan merahsiakan ibu kepada menantu perempuannya yang ibunya telah meninggal dunia. Apabila anak perempuannya sampai ke kampung didapati ibunya telah meninggal dunia akibat jatuh ketika menunggunya pulang berhari raya pada hari raya pertama.

Mertua yang jahat itu telah datang kekampung dengan berpura-pura baik dan akhirnya telah dihalau oleh anak sendiri dan keluarga simati.. belum sempat ibu mertua yang jahat itu meminta maaf kepada menantunya ia telah menemui ajal dirumah tersebut akibat sesak nafas.

Apa yang aku boleh simpulkan disini jadikan cerita ini sebagai pengajaran kepada mertua dan juga anak kepada mertua itu. korang cuba bayangkan kalau ianya terjadi kepada keluarga korang, apa yang korang akan buat dekat mertua korang tu.. korang tinggalkan je dia sorang2 dekat umah dan balik kg. atau korang pindah sewa umah tempat lain.. mana pilihan korang?

Wednesday, September 1, 2010

ADAKAH PERMODENAN ICT MEMBAWA ANJAKAN PRADIGMA YANG BAIK TERHADAP PEMBANGUNAN AKHLAK REMAJA ATAUPUN DISALAHGUNAKAN OLEH REMAJA PADA MASA KINI

Seperti mana yang sedia maklum, akhlak remaja pada masa kini boleh dikatakan berada di tahap yang amat membimbangkan. Sebagai contoh, laman-laman yang tidak bermoral semakin berleluasa dan telah banyak mempengaruhi para remaja. Seperti mana yang sedia maklum, perkembangan ICT sedikit sebanyak mengeksploitasi pemikiran remaja. Sebagai contoh, kurangnya pemantauan ibu bapa terhadap penggunaan ICT oleh anak-anak. Hal ini menyebabkan remaja semakin bebas menerokai laman-laman web yang keterlaluan dan tidak bermoral. Jika masalah ini tidak dibendung, mereka akan mempraktikkan perkara yang mereka lihat di dalam kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian, remaja juga perlu mempunyai motivasi diri untuk membezakan antara positif atau negatif terhadap penggunaan ICT.
Sebagai remaja yang sedang mengalami usia emosi, mereka seharusnya berfikiran rasional dalam menempuhi fasa tersebut dengan tidak menyalahgunakan pemodenan ICT. Disamping itu juga, remaja sebagai pemimpin Negara pada masa hadapan patut mengambil kesempatan dengan memperoleh sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan membina jati diri agar tidak hanyut di dalam arus pemodenan ICT. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil langkah drastik dalam mengekang kebejatan sosialterutamanya melibatkan penyalahgunaan ICT oleh remajapadamasa kini.
Justeru, kesedaran dalam diri remaja memainkan peranan penting dalam mengharungi era teknologi maklumat. Jati diri yang mantap dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar, perlu ditanamkan dalam diri para remaja. Sesungguhnya pemodenan ICT itu adalah satu nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Jadi, kita janganlah lalai dan alpa kerana ia hanya merugikan kita serta generasi akan dating. Sebaik-baiknya gunalah kemudahan yang ada untuk kebaikan kita bersama.Justeru, isu ini dipilih untuk membincangkan sama ada akhlak remaja pada masa kini masih boleh diperbaiki atau semakin teruk ditelan arus pemodenan ICT.