Powered by Blogger.

Sunday, September 26, 2010

KEMAAFAN YANG TERTANGGUH

Salam pagi semua, aku baru je lepas habis tengok drama yang penuh menyentuh perasaan buat sesiapa sahaja yang menonton tadi. Percaya tidak tentu ramai yang mengalirkan air matakan.. huhu ..

Mana tidaknya jalan cerita tersebut menceritakan kisah seorang ibu mertua yang aku kira tegas tak bertempat dengan memaksa semua menantu lelaki & perempuan untuk beraya setiap tahun bersamanya tanpa membenarkan menantunya beraya bersama ibubapa sendiri.

Sampaikan punya kejam aku kira seorang menantu perempuannya telah beraya bersamanya selama 10 tahun dan tidak membenarkan menantunya beraya bersama ibunya yang tinggal seorang dikampung.

Ibu mertua tu sanggup berbohong kepada anak dan menantu perempuannya dengan merahsiakan ibu kepada menantu perempuannya yang ibunya telah meninggal dunia. Apabila anak perempuannya sampai ke kampung didapati ibunya telah meninggal dunia akibat jatuh ketika menunggunya pulang berhari raya pada hari raya pertama.

Mertua yang jahat itu telah datang kekampung dengan berpura-pura baik dan akhirnya telah dihalau oleh anak sendiri dan keluarga simati.. belum sempat ibu mertua yang jahat itu meminta maaf kepada menantunya ia telah menemui ajal dirumah tersebut akibat sesak nafas.

Apa yang aku boleh simpulkan disini jadikan cerita ini sebagai pengajaran kepada mertua dan juga anak kepada mertua itu. korang cuba bayangkan kalau ianya terjadi kepada keluarga korang, apa yang korang akan buat dekat mertua korang tu.. korang tinggalkan je dia sorang2 dekat umah dan balik kg. atau korang pindah sewa umah tempat lain.. mana pilihan korang?

Wednesday, September 1, 2010

ADAKAH PERMODENAN ICT MEMBAWA ANJAKAN PRADIGMA YANG BAIK TERHADAP PEMBANGUNAN AKHLAK REMAJA ATAUPUN DISALAHGUNAKAN OLEH REMAJA PADA MASA KINI

Seperti mana yang sedia maklum, akhlak remaja pada masa kini boleh dikatakan berada di tahap yang amat membimbangkan. Sebagai contoh, laman-laman yang tidak bermoral semakin berleluasa dan telah banyak mempengaruhi para remaja. Seperti mana yang sedia maklum, perkembangan ICT sedikit sebanyak mengeksploitasi pemikiran remaja. Sebagai contoh, kurangnya pemantauan ibu bapa terhadap penggunaan ICT oleh anak-anak. Hal ini menyebabkan remaja semakin bebas menerokai laman-laman web yang keterlaluan dan tidak bermoral. Jika masalah ini tidak dibendung, mereka akan mempraktikkan perkara yang mereka lihat di dalam kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian, remaja juga perlu mempunyai motivasi diri untuk membezakan antara positif atau negatif terhadap penggunaan ICT.
Sebagai remaja yang sedang mengalami usia emosi, mereka seharusnya berfikiran rasional dalam menempuhi fasa tersebut dengan tidak menyalahgunakan pemodenan ICT. Disamping itu juga, remaja sebagai pemimpin Negara pada masa hadapan patut mengambil kesempatan dengan memperoleh sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan membina jati diri agar tidak hanyut di dalam arus pemodenan ICT. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil langkah drastik dalam mengekang kebejatan sosialterutamanya melibatkan penyalahgunaan ICT oleh remajapadamasa kini.
Justeru, kesedaran dalam diri remaja memainkan peranan penting dalam mengharungi era teknologi maklumat. Jati diri yang mantap dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar, perlu ditanamkan dalam diri para remaja. Sesungguhnya pemodenan ICT itu adalah satu nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Jadi, kita janganlah lalai dan alpa kerana ia hanya merugikan kita serta generasi akan dating. Sebaik-baiknya gunalah kemudahan yang ada untuk kebaikan kita bersama.Justeru, isu ini dipilih untuk membincangkan sama ada akhlak remaja pada masa kini masih boleh diperbaiki atau semakin teruk ditelan arus pemodenan ICT.